Translate

Wednesday, 12 September 2012

Risiko Minuman Berkarbonat

Rasanya remaja hari ini gemar dengan minuman berkarbonat seperti Coca-Cola,Pepsi,Sprite dan sebagainya.Tetapi adakah anda terfikir bahawa minuman-minuman berkarbonat ini sebenarnya tidak berkhasiat.

Mari kita melihat apakah risiko dan bahaya minuman berkarbonat.


Menurut sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard menegaskan pengambilan 1 gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh memberi kesan terhadap serangan jantung.


Minuman berkarbonat


Pengambilan gula yang berlebihan akan menghasilkan lemak simpanan dan sesetengah daripadanya tidak baik untuk jantung.

Mereka yang mengambil minuman bergula berpotensi memiliki protein serta lemak yang tinggi dalam darah dan boleh dikaitkan dengan serangan jantung. Paras kadar kolestrol yang baik pula akan menjadi rendah.

Semakin banyak minuman manis yang diambil seseorang, termasuk jus buah-buahan diawet yang ditambah gula, ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung sama seperti minuman berkarbonat. Keadaan menjadi lebih buruk apabila seseorang itu mempunyai amalan yang kurang sihat seperti merokok, pengambilan alkohol dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment